(✿◠‿◠) Fareiyka Hasan (◕‿◕✿)


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS Facebook TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW
Memey Credits

something

Template by Aqila Farah Zulkifli . Basecode by Yasmin.
Header by Fareiyka Hasan
Edited by Fareiyka Hasan
before anything,, credits to Saiful Islam


" Uih ! panas nya. . ", keluh Amin setibanya di rumah
pada petang itu. .

Jam menunjukkan pukul 6 petang. .
Lewat benar Amin tiba di rumah. .
Maklum sahajalah kan, jalan pada petang2 Ramadan ni,
memang sibuk

" Bail aku mandi dulu. . segar sikit badan ni. . ",
monolog Amin. .

Amin berjalan memasuki bilik air untuk menyegarkan
tubuh nya yang melekit & kepanasan. .

" Arrgghh...... sedapnya.... ",
Amin benar2 menikmati mandian shower nya. .

Tiba-tiba, GULP !

Air dari shower termasuk ke dalam mulut Amin.
Air yang sejuk dan enak itu. 
Sudah berada di dalam mulutnya, 
di pinggir tekak yang kering, 
derita dan lesu dek bahang mentari Ramadhan.

TELAN ATAU LUAH ??

Kalaulah anda menjadi Amin, 
apakah anda akan menelan air itu?
tetapi entah bagaimana,
ia sudah berada di dalam mulut.

Air itu bukan di dalam gelas, tetapi bagaimana,
ia sudahpun berada didalam mulut. .

" Rezeki kah ini ? ", soal Amin kepada dirinya. .

"Masakan bukan rezeki kalau sudah ada di dalam mulut ?",
sambungnya lagi. .

Tetapi Amin teringat bahawa REZEKI bukan hanya soal REZEKI. .
Dalam hidup ini apa yang di cari adalah REZEKI yang HALAL. .

Amin tidak menelan air yang sudah separuh jalan menjadi rezekinya
kerana air itu tidak HALAL. . Amin berpuasa. .
Memang tiada siapa nampak kalau Amin menelannya. .
Tetapi Allah nampak. . Jika Amin menipu,
dia sebenarnya menipu Allah & memperbodohkan diriniy sendiri. .

" Setiap amalan anak Adam itu adalah untuk dirinya kecuali puasa. . Sesungguhnya ia adalah khusus untuk-KU dan AKU-lah yang menetapkan ganjarannya semahu-KU"
[ HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI ]

Di dalam puasa, Amin tidak tergamak menelan air itu. . 

 DI DEWAN PEPERIKSAAN
 
Bagaimana jika di dewan peperiksaan ??
Ditakdirkan korang duduk dibelakang pelajar terbaik. .
Soalan yang korang dapat amat sukar untuk dijawab. .
Buntu fikiran untuk mencari jawapan nya. .
Tiba-tiba kertas jawapan pelajar terbaik itu terjuntai keluar,
dan terhidang di depan mata anda. .

Adakah korang akan men'jamah' REZEKI itu ??

"Err,, bukan aku cari, tapi dia datang !",
bijak hati korang berkata-kata mencari alasan ya. .

Jika dalam bulan Ramadan, Amin dan korang
tidak tergamak menjamah rezeki yang bukan hak korang,
kenapa pula dalam dewan peperiksaan sikap korang berbeza ??

Mengapa jika ditelan air itu terasa BODOH, tetapi,
jika ditiru jawapan pelajar terbaik itu, boleh terasa pandai pula ??

Bahkan apabila masuk ke alam pekerjaan,
mengapa kita hilang sensitiviti terhadap rezeki ?
Puasa tak sanggup tipu Allah. . tapi, kalau hasil pendapatan, BIASALAH !!

Inilah penyakit kita. . yang memisahkan antara SOLAT dan PUASA
dengan PEPERIKSAAN dan KERJA. .
Antara BILIK DARJAH dan MASJID ALLAH. .
Seolah-olah selesai solat Subuh semasa lipat sejadah kita berkata
" OK Allah, jumpa lagi Zohor nanti ya! "
Terlipat sejadah, selesai hubungan dengan Allah SWT. .

INILAH CABANG PARADIGMA SEKULARISMA

Kelakuan seperti ini sudah menjadi suatu kebiasaan sehingga ia
semacam sudah tidak relevan untuk disebut. .
Bahkan yang sanggup bersusah payah kerana enggan
meniru itu pula dianggap ganjil dan tidak normal. .

Meniru sudah menjadi kebiasaan sehingga ia 'melekat'
sebagai habit kepada sesiapa sahaja. .
yang beragama,, yang biasa-biasa,, pelajar bidang agama @ apa sahaja. .
Cheating is silently, acceptable. .

PENGARANG ?? EIYKA ??
Secara jujurnya, Eiyka pernah juga meniru
dalam peperiksaan kecil peringkat sekolah. .

JUJUR Eiyka katakan,
semenjak menduduki PMR, Eiyka tidak pernah meniru
lagi walaupun mereka yang disekeliling Eiyka meniru. .

Mereka yang meniru itu pelajar BIJAK di sekolah. .
Sering mandapat A+ dalam banyak matapelajaran di sekolah. .
Sampai berani bertukar-tukar kertas jawapan. .
Itu kah contoh dan tauladan yang HARUS ditonjolkan
oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5 AMANAH yang kononnya 'AMANAH'
pelajar Tingkatan 5 yang mengambil Pure Science. .

Biarlah Eiyka tidak mendapat A+
asalkan Eiyka tidak menjadi seorang PENIPU seperti mereka. .
Apa yang penting, Eiyka sudah cuba untuk berdiri diatas kaki
Eiyka sendiri. .

Kali terakhir Eiyka melihat orang meniru ialah pagi tadi. .
Matapelajaran Biologi kertas 1 dan 2. .

maaf sekiranya ada rakan sekelas atau rakan sebaya yang terbaca entry ini yang terasa hati. . apa yang Eiyka coretkan disini adalah apa yang pernah dan masih Eiyka lalui seingga sekarang. . 

0 comment[s] | back to top

REWIND ME THE PAST | MY SWEET FUTURE