(✿◠‿◠) Fareiyka Hasan (◕‿◕✿)

ENTRY ABOUT LINKS STUFFS Facebook TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW
Memey Credits

something

Template by Aqila Farah Zulkifli . Basecode by Yasmin.
Header by Fareiyka Hasan
Edited by Fareiyka Hasan

Apakah punca jerawat?
Terdapat pelbagai faktor yang boleh mengakibatkan jerawat. Jerawat biasanya tumbuh apabila bakteria jerawat berputik pada bahagian kulit dalaman

Bagaimana jerawat berlaku

Pic 1: Hormon lelaki mempunyai kelenjar minyak yang lebih sensitif menyebabkan kenaikan pengumuhan sebum.Pic 2: Pembentukan liang kulit tak sekata membawa kepada pertumbuhan bintik hitam. Pengembangan liang memberi kulit tekstur kasar.

Pic 3: “Pemekatan” sebum yang terperangkap di dalam liang menyebabkan bahan seperti keju terbentuk (isi yang dipicit dari bintik hitam)Pic 4: Pembentukan nanah menjurus kepada pertumbuhan bakteria yang berubah menjadi jerawat.

Adakah jerawat hanya tumbuh di kalangan remaja sahaja?
Remaja lebih kerap mengalami jerawat.
Tetapi jerawat juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja,
termasuk orang dewasa.

Apakah punca kulit berminyak?
Minyak dihasilkan oleh kelenjar minyak (sebaceous glands).
Androgen adalah hormon yang mengakibatkan
minyak berlebihan pada kulit,
terutamanya semasa anda melalui zaman remaja.
Kulit berminyak akan menyumbat liang roma dan
liang roma yang tersumbat boleh mengakibatkan pertumbuhan jerawat.

Apakah cara untuk merawat kulit berminyak?
Membasuh muka dengan pencuci muka yang sesuai
boleh membersihkan liang roma yang tersumbat
dan mengurangkan kotoran pada muka.
Liang roma yang bersih boleh mencegah
dan mengurangkan pertumbuhan jerawat.
Anda juga patut menggunakan pencuci muka yang tidak mengandungi minyak.

Apakah punca bintik-bintik hitam?
Bintik hitam biasanya terbentuk apabila kulit menghasilkan
terlalu banyak minyak dan menyumbat liang roma.
Faktor-faktornya :
• Penghasilan minyak berlebihan semasa akil baligh remaja : 
Hormon ni akan menyebabkan kelenjar minyak yang lebih aktif.
• Kulit tidak dibersihkan dengan sempurna : 
Sel kulit mati akan menyumbat liang roma dan menyebabkan minyak berlebihan terkumpul.
• Apabila kita menggunakan terlalu banyak makeup, moisturizer, foundation atau sun screen.

Apakah cara untuk merawat bintik hitam?
Pastikan muka anda bersih dengan mencucinya
sekurang-kurangnya 2x sehari.
Gunakan scrub sekurang-kurangnya 2x seminggu
untuk mengeluarkan sel kulit mati dan
mencegah liang roma daripada tersumbat.
Guna produk yang tidak comedogenic untuk menghindari
liang roma daripada tersumbat.

Kenapa kulit saya tidak menunjukkan perubahan setelah menggunakan produk yang bagus?
Anda perlu bersabar apabila merawat jerawat.
Jerawat memerlukan masa untuk pulih.

Kenapakah saya tidak boleh memicit jerawat?
Memicit jerawat akan mengakibatkan parut pada muka
dan bakteria jerawat akan menjangkiti bahagian kulit yang lain.
Ini akan menyebabkan lebih banyak jerawat.

Kenapakah saya tidak boleh memicit bintik hitam?
Memicit bintik hitam boleh menyebabkan parut,
liang roma yang terbuka dan jangkitan kulit.
Anda patut menggunakan produk yang sesuai
untuk menghilangkan bintik hitam.
Nose Pore Strip adalah satu cara yang berkesan untuk
menghilangkan bintik hitam.

Saya menggunakan Acne Wash dan gel pengeringan jerawat. Adakah toner dan moisturizer juga penting untuk penjagaan kulit saya? 
Ya, cara penjagaan kulit yang sempurna amat penting
untuk mendapatkan kulit yang cerah dan sihat.
Toner akan mengecilkan saiz liang roma dan
moisturizer akan mengekalkan tahap kelembapan
yang sihat kepada kulit anda.

Labels: , , , , ,

6 comment[s] | back to top

REWIND ME THE PAST | MY SWEET FUTURE