Memey Credits somethingHeader by Fareiyka Hasan Edited by Fareiyka Hasan
Ya. betul tu. .
Berikut adalah statement yang
dikeluarkan oleh
pihak BERNAMA
Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan
bahawa satu siri reka bentuk baru wang kertas dan duit syiling Malaysia
akan berada dalam edaran pada awal 2012.
Langkah itu dilakukan secara berkala dalam setiap tempoh 12 tahun.
"Reka bentuk mata wang siri baharu itu
akan mengandungi ciri-ciri yang khusus bagi Malaysia,"
kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.
Siri wang kertas itu, katanya,
mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih
sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini.
Reka bentuk wang kertas siri ke-empat
yang baru itu adalah untuk wang kertas dalam denominasi
RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
Reka bentuk terkini wang kertas RM50
yang sudah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007
bagi memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia
akan terus dikekalkan dalam edaran.
Bentuk baru itu adalah siri yang ke-tiga bagi denominasi
5 sen, 10 sen dan 50 sen, kata BNM.
"Siri baru wang kertas dan duit syiling ini akan berada
dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada sehingga
siri tersebut dikeluarkan secara beransur-ansur dari edaran,"
katanya.
Dalam membuat persediaan untuk
mengeluarkan siri baru mata wang ini,
BNM akan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan,
perusahaan perniagaan dan vendor yang
mengendalikan wang tunai bagi memastikan
peralihan kepada siri baru ini berjalan lancar.
Katanya,
vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan
diberikan tempoh selama enam bulan untuk
mengubah suai mesin mereka
bagi memastikan orang ramai dapat
menggunakan mata wang baru itu dengan mudah.
Sebagai sebahagian daripada usaha
untuk meningkatkan kesedaran orang ramai
tentang siri baru mata wang ini,
BNM akan mengeluarkan duit syiling peringatan
untuk siri ketiga dan mempamerkan
reka bentuk wang kertas siri ke-empat
yang baru pada suku ketiga 2011.
sumber diperoleh daripada bernama p/s : agak2, cam ner yer rupa diut baru tu ? 2 comment[s] | back to topREWIND ME THE PAST | |